Skop undang-undang antarabangsa Undang-undang_antarabangsa

Undang-undang antarabangsa mengenalpasti dan meletakkan negara sebagai aktor utama di pentas antarabangsa. Oleh sebab kewujudan negara membuat anggapan bahawa adanya kawalan dan jajahan terhadap sesuatu kawasan, undang-undang antarabangsa berkait dengan pengambilan sesuatu kawasan, immuniti negara dan tanggungjawab undang-undang negara dalam perhubungan mereka sesama sendiri. Undang-undang juga mengambil berat akan layanan sesuatu negara terhadap rakyatnya dalam kawasan jajahan mereka sendiri. Secara langsung, wujudnya rejim komprehensif yang mengenai hak kumpulan, layanan terhadap pendatang asing, hak pelarian, jenayah pada peringkat antarabangsa, masalah kewarganegaraan dan hak asasi manusia secara amnya. Ia juga meliputi penjagaan sekuriti, stabiliti dan keamanan di peringkat antarabangsa, kawalan senjata, penyelesaian diplomatik pertikaian yang berlaku dan pengaturan penggunaan kekerasan dalam hubungan antarabangsa. Sekalipun undang-undang antarabangsa ada masanya tidak dapat menggelakkan perperangan, ia sekurang-kurangnya dapat mengawal kelakuan antara pihak-pihak yang berbalah dan menggariskan layanan terhadap tahanan perang. Antara fungsi-fungsi lain undang-undang antarabangsa adalah untuk regulasi isu-isu berkait alam sekitar global, perkongsian global seperti perairan antarabangsa, angkasa lepas, komunikasi global dan perdagangan antarabangsa.

Sementara undang-undang munisipaliti di dalam sesuatu negara bersifat hierarchikal ataupun vertikal, dengan badan penggubalan undang-undang (seperti parlimen) yang boleh menguatkuasakan undang-undang terhadap semua, undang-undang antarabangsa pula bersifat horizontal, dengan semua negara berdaulat dan secara teorinya sama taraf. Disebabkan oleh keadaan ini, terdapat masalah asas dalam penguatkuasaan undang-undang di peringkat antarabangsa kerana penguatkuasaannya tertahluk kepada kemahuan negara-negara bersama dan kekuatan negara-negara tersebut dalam penggubalan, kepatuhan dan penguatkuasaan sebarang undang-undang. Walaupun terdapat pengecualian, secara amnya negara memasuki sesuatu perjanjian berdasarkan kepentingan sendirinya dan keuntungan yang bakal diperoleh, dan bukan disebabkan oleh tanggungjawabnya. Sebagaimanya yang diperkatakan oleh D.W. Greig, "undang-undang antarabangsa tidak bolehlah dianggap berasingan daripada faktor politik yang beroperasi dalam perhubungan antarabangsa".[2]

Walaupun terdapat cabang, undang-undang antarabangsa secara lazimnya tidak mempunyai sistem kehakiman yang wajib bagi mereka yang melanggar undang-undang ini atau bagi negara-negara yang ingin membawa pertikaian sesama mereka untuk diadili. Ini tidak menafikan wujudnya tiada tribunal-tribunal dalam perundangan antarabangsa. Sebagai contoh, kewujudan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ialah sebagai satu cara bagi masyarakat dunia untuk menguatkuasakan undang-undang ke atas mereka yang melanggarnya.

Secara tradisi, hanya negaralah yang merupakan subjek undang-undang antarabangsa. Akan tetapi, dengan prolifirasi badan-badan yang mempunyai status dwikewarganegaraan ataupun multinasional dalam beberapa dekad kebelakangan ini, mereka telah diiktiraf sebagai pihak-pihak yang relevan juga. Beberapa intepretasi undang-undang hak asasi antarabangsa, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang perdagangan antarabangsa (contohnya NAFTA Bahagian 11) telah turut menyenaraikan badan-badan koperat, dan juga individu.